Saturday, June 25, 2011

JoZan adalah juara sebenar Maharaja Lawak!

ok~provoks disitu. wa mmng terkilan gila gila babeng bila kamera da zoom in dekat Sepah, dalam hati wa, ok dia saje je nak kasi gabra peminat peminat Jozan. tapi bila sampai sudah dia announce Sepah as Juara. Pergggggh wa rasa pedih yg amat la weyh!

aku tak pernah ragui kemantapan Sepah, dorg da bnyk meningkat nak bndg masa RL dulu yg asek nak berdouble meaning je kan. Konsisten setiap mnggu, lawak yg dekat dengan hati masyarakat Melayu jugak. so terbaik.


PART 1: JOZAN MaharajaLawak Final

tapi selayaknya ak rasa Jozan yang dapat title tu. Maharajalawak yg sebenar. Kenapa la seyh?

>>Jozan kreatif, berani, dan idea persembahan sentiasa lain dari yg lain.Setiap mnggu Jozan akan tampilkan corak persembahan yang berbeza untuk nampak fresh d hati peminat
>>Jozan pandai jiwai dan hidupkan satu2 karakter dengan humor yg tersendiri. cth Ah Chai, Mael LambonG, Musalman, Mak Jemah, Hafiz, Dr Fadzilah Come to Me, Zambri Rockers, Mamat Khalid just name it
>>Jozan selitkan lawak dalam satu satu plot cerita. menunjukkan dorg seorang pelakon komedi yg terbaik
>>Cumenye percubaan demi percubaan JoZan tk semuanye menjadi, so ada naik turun. nak banding dengan contestant yg maintain dengan corak persembahan yg sama je. So, ak salute dgn tindakan berani dorg
>>Ak tau Jozan terlalu bz untuk prektis ML... Tp persembahan dorg tk pernah menghampakan aku. Tengs bro

Apapun, ML da dinobatkan pada Sepah. Kekalahan Jozan (60%) dengan Sepah (64%) adalah disebabkan perbezaan undian dr voters Sepah(37%) dan Jozan (30%)...yg bermaksud juga...Jozan dah beli hati juri dengan persembahan terakhir di ML. Hadiah terbek untuk peminat2 yg vote dorg selama nh. Terima Kasih <3!!

To Jozan: Lu always the winner bro, and u'll never walk alone



Persembahan paling epic dalam ML
Ah Chai Vs Mail Lambung

Monday, June 20, 2011

Maharajalawak yang bakal melabuhkan tirainye pun, adoi

Sumpah best Maharajalawak kat JB! haha. Kuantan pun best, cumanye majoriti peserta masa kat ML JB perform terbaek la weyh, best gle cume sayang sbb ak tak dapat tgok live je. WTHECCH? Da kat JB pun hang dok menepek diri depan tb apa pasal? Weyyy weyhhh Penuh ok! Macam ape org JB, takpaya la nak jakun sgt, bagi ak je tengok dah la pon *sound2 kejelesan*


Jozan- Part 1 ML JB


ok fine, ak nak teruskan penceritaan wa pada ketaksuban wa pada ML yg da nak berakhir ni. Kalau sepanjang-panjang ML ni, korg yg follow cte ni akan bebetul pasti, i meant for sure, confirm! haha lelebih plak. akan rasa ADA trend slera masyarakat yg menonton ML, ak rasa majoriti bangsa ak sendiri ye x? bangsa Melayu. dan rasanya dpt disimpul dan dikonklusikan bhw

>>Buat lawak kene humble, jangan duk mengeji org sana sini, walaupun org tu org yg mmng kurg berbakat, last2 penonton akan kata, e eleh, duk kutuk org, macam dia goodgood sgt la kan!

>> Jangan maen maen ngan isu sensitif, gemuk, agama, dsb. benda ni ak salute kt warga Malaysia. at least dlm berhibur dan bergelak ketawa, bila benda ni jadik isu dan diperdebatkan oleh fanatik2, Hahaha. dorg gain knowledge, pasal agama terutamanya.


>>Buat lawak berkemban, pakai baju pompuan, tergedik sana sini, terpelolong macam ponti maybe at the very start masyarakat leh terima, tapi kalau dok ulang tayang sama ja tiaptiap mnggu, penonton jemu, malah jijik, kuangkuang lebihlebih plak wa. ye la jemulahak kot

>>jangan tiru lawak org len, i meant kene ada idea gila sendiri. ni bila judges kata lawak imagination bagus. sume duk berimaginasi atas pentas. bila impersonate jadik kegilaan penonton, sume nak wat bnyk karakter atas pentas. penonton tak suke. eh eh. maksud ak, ak xsuke sgt, kering idea sgt ke? Hehehehe. be fresh la sng cte.

>>penonton masih suke lawak kemelayuan, walau macam mane advance dan bandar nye mereka.

>>lawak double meaning n lucah walaupun rasanya macam budaya masyarakat melayu berkiaskias tp kalu duk selit sepanjang2 show, org akan kata, what happen? adik ak kat sebelah kot.


So, memandangkan ML akan habis 2 3 hari ni. meh ak listkan ranking pilihan ak. alaaaa. korang tau kan punya kan pun? HAHA. Lantak, aku nak btau gak

1st>>JOZAN
2nd>>Sepah
3rd>>Jambu& Nabil


Hahahha. weyhh. same je ngan list lepas. aah. mmng. cume R2 Je xde. pasal apa, 1st and 2nd mmng gua tak rasa cm ragu, cuma Jambu n nabil je. dua dua hits kot. alamak, camne ni. Jambu, gile best kot. lawak internationalle. Tauke and Yus mmng legend, aty kiut! mmng Jambu. Tapi nye pun, Nabil best gak, solo fighter mcm ape kan best, alaaaa! Nabil ni bnyk eksperimen lawak dia buat atas pentas, kalau tgok betul2, oleh kerana dia solo, dia bnyak men ngan gadget, tak pun wat stand up comedy. dan mmng tak mudah. so tu ak salute. jadinye, rank tu dorg kongsi. Hahaha. Boleh plak, sukati aku la! aku punye ranking list! ;P


Jozan- Part 2 ML JB

All the best JoZan! Hahahaha. ramai org tau wa fanatik JoZan, tp tk ramai yg tau yg wa sbnrnye bias kt Johan dr Zizan, Sbb Johan ni pada wa unpredictable comel gle bila melawak, Zizan best gak. tp bila ramai yg minat Zizan wa pun rasa tk salah wa minat Johan ni. Hahahaha. tp gabungan dorg ni mmng meletop wa rasa, starting dari RL1 wa follow depa, sampai la skrg, dan rasanya tak salah wa nak nobatkan dorg ML, pasal depa mmng best!

Sepah???? HEHHEHEEHHE. Wa suke sepah gak senanye. Adek and mak wa minat gle2 dak tiga org ni, pasal tu wa suka nganjing2 sepah, hahahahha. mak wa cam dak kecik bila defend Sepah, comel gle wo! Kalau Sepah perform, mmng gelak gilagila punye la! Hahahha. So, wa tak pelik bila Sepah ni jadik saingan JoZan, tp nak pecah tembok JoZan, wa takkan benarkan, Haha.